Thursday 28 June 2012

Kelebihan Vitamin A (CAROTOMAX) dari Shaklee

Assalamualaikum...


credit : Vitamin Semulajadi

Vitamin A dalam rangkaian produk Shaklee adalah Corotomax. Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.



Apakah carotenoids?
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

FUNGSI LAIN CAROTENOID:
- Mencegah kanser

- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta  pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.

- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.

- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.

- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.

- Membina semula sel-sel yang rosak.

- Melindungi dari rabun malam.

- Menjaga kesihatan mata.

- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.

- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Tanda-tanda kekurangan:

- Masalaah jerawat

- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut

- Tumbesaran terencat

- Masalah tidur dan insomnia

- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki

- Masalah rabun malam.



Oh ye, sebenarnya Carotenoid juga terdapat dalam Vita-Lea (multivitamin & multimineral)


Jika berminat dengan produk ini dan ingin dapatkan konsultasi percuma sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Wednesday 27 June 2012

Punca Sukar Hamil dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum...
Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Jangan bimbang...jangan gusar...jangan jemu untuk berusaha...Selebihnya serah pada Allah...=)

 Doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya;
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)

Antara penyebab biologi sukar hamil (wanita):
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  1. Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  2. Stress dan tekanan
  3. Pemakanan yang tidak sihat
  4. Kekurangan zat
  5. Amalan merokok atau meminum alkohol
  6. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  7. Terdedah kepada pencemaran
  8. Terlalu kurus atau terlalu gemuk
credit

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah.

Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda seperti
Ubah Cara Hidup untuk Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Menimang Anak
Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:
Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Vita E & Selenium - Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
Zinc - Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
Alfalfa – Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan


Link Berguna - Makanan semulajadi untuk kesuburan

Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Tuesday 26 June 2012

Cara Pengambilan Vitamin

Assalamualaikum...

Today sy nk bg info tntg pengambilan vitamin..=)

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum ye.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

*Bagi anda yang mengamalkan Lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi:

  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit Thalasemia TIDAK BOLEH mengambil Vitalea - kerana vitalea mengandungi iron.

Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Credit to MyCHibiBox ShAkLee StoRe


Healing Crisis dan cara mengatasinya.

Assalamualaikum...

Today kita nak menambah ilmu pengetahuan tentang Healing Crisis ye...yang dah tau Alhamdulillah..tp blh review untuk topup.Jom!
Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee.
Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?
Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.
Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi.
Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus.Bukan semua org mengalami simptom yg sama.Mcm sy period jd delay sampai 2 mgu.Sy ingat sy pregnant.hehe..tp sbnrnya sistem bdn sy tgh bertindak bls.

Healing crisis sign and symptoms;

Healing Crisis
Possible Reasons/Causes
Lethargy, sleepiness
Acidic body, poor liver function, over exhausted, need more rest
Headache, heavy headed
High blood pressure, sign of detoxification
Fever, slight fever, restlessness
Increase metabolism, stimulate body immune function
Diarrhea, increase bowel movements, passing out a dark, smelly stool, foul-smelly urine
Sign of detoxification, accumulated waste and residue in the colon
Flatulence, gassy stomach
Poor digestive system
Break out, rashes, itchy skin, bad sweat, mucus secretion, dandruff
Poor liver function, poor colon health and elimination system
Mucus production such as, phlegm, running nose
Poor lung function, passing out phlegm is also a sign of detoxification
Nasal bleeding
May be a sign of anaemia
Muscles and joints are aching and pain
Acidic body, toxins accumulated at the affected area
Increased pain in affected part of body
Speed up the healing process
Insomnia or hyperactive
Poor nervous system
Irregular period, changes in period, itchy bottom, increased mucus secretion
Hormonal imbalance, in the process of hormone regulation
Bleeding with bowel movements
May be haemorrhoid
Dizziness, hunger
Hypoglycemia, anaemia
Nausea, constipation, hiccups
Poor digestive system, liver problem
Slight edema (swelling)
Kidney problem


Reference: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia University.


HEALING CRISIS DAN CARA MENGATASINYA:

Cara Pengambilan Breastfeeding Set Semasa Berpuasa

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dh dekat nak pose dh kite..Mommies semua dh ready nak menghadapi pose?
Saya bru bc 1 blog ustaz DR ABDUL HAYEI tentang hukum ganti puasa dan bayar fidyah untuk ibu hamil/menyusu semasa bulan Ramadhan.

How to consume breastfeeding set Shaklee during fasting ?
Pejam celik pejam celik rupanya bulan ramadhan semakin menghampiri. Dalam bulan ini sahaja pasti ramai yang membuat persiapan awal dengan berpuasa ganti sebelum ramadhan menjengah. So, bagi mereka yang mengamalkan supplement terutamanya ibu2 hamil dan ibu2 yang menyusukan anak, pasti lah sedikit kegusaran timbul untuk menghadapi ramadhan. Jika tidak kena caranya ada yang pasti akan merasa kehausan melampau, pening kepala malahan keletihan melampau. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi.

Bagi ibu menyusukan anak mereka, berpuasa sambil menyusukan anak pastinya perlu mempunyai semangat, keyakinan dan kekuatan fizikal dan mental.  Sebagai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, perlu yakin bahawa susu ibu akan tetap ada walaupun berpuasa kerana ianya anugerah dan rezeki dari Allah. Persoalannya adakah jumlah penghasilan susu akan berkurangan dan terjejas???Pengambilan supplement beserta air sekurang2nya 3 liter, selain mengepam secara konsisten dan memohon kepada Allah...camner nak minum banyak sedangkan berpuasa.. inilah yang kerap menghantui benak semua ibu2 di luar sana..

Macam mana nak minum air 3L semasa berpuasa?

cara yg paling mudah ialah:
- sediakan air di dlm 2 botol sukatan 1.5L
- letakkan botol tersebut di tempat yg mudah dilihat
- pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas
- pastikan air yg disediakan di dlm botol td abis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak

Ini sekadar cadangan, bagi ibu2 yang boleh co-op dengan jadual pemakanan ini, sangat2 di alu2kan....
Waktu sahur :
Nasi berlauk + set B Shaklee breastfeeding set + 7 kurma + ( performance drink + ESP )
Waktu berbuka :
Nasi berlauk + 3 kurma + 2 alfafa

Sebelum tido :
ESP + ostematrix+2 alfafa

* Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air.

1. Meal Shake/ESP – membekalkan tenaga kepada tubuh. Disamping itu ia memberi kekenyangan
2. Performance Drink– mengekalkan air dalam badan dan membantu mencegah pendehidratan(prevent dehydration)
3. Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
4. Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit
5. B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan

Bila kita istiqamah makan supplement + jadual pumping yg betul, badan jadi tak stress, happy jer, insyaAllah... dengan izin-Nya automatik badan kita boleh produce susu tanpa masalah.... dengan syarat jangan lupe doa dan tawakal... dan pk positif!! 




Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)






Credit to ^ RiZq Shaklee CuBe ^

SORRY..MY BLOG IS UNDER CONSTRUCTION

Assalamualaikum...

Spt tajuk di ats blog sy ni under construction.sorry klu tgk blog sy tak bape nak hensem lg ye..=)

Sunday 24 June 2012

Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement?

Assalamualaikum...

Apa kbr semua? arini sy nak share tentang kepentingan mengambil supplement dalam kehidupan seharian kita. Jom review! :)

credits to Fiza Nur's Closet

Salah satu soalan yang sering saya dapat (bukan daripada pembeli suplemen Shaklee) ialah , berkesan ke Shaklee ni? siap tanya saya lagi muka orang yang makan Shaklee ni cantik ke?


baiklah. jawapan saya sangat simple - disiplin. apa2 benda pun kita kena ada disiplin. solat kena disiplin. belajar kena disiplin. pengurusan masa kena disiplin.makan ubat pun kena disiplin. dan, disiplin ni pulak nanti akan merangkumi aspek 'bagaimana nak dapat kesan yang optimum'?


perlu diingat, suplemen Shaklee bukan dadah dan tidak mengandungi bahan peransang. suplemen Shaklee bertindak secara semulajadi dengan tubuh kita. jadi, cepat atau lambat efek yang kita rasa bergantung sejauh mana tubuh kita berjaya menyesuaikan diri dengan suplemen ini.


asasnya, suplemen bertindak untuk cover kekurangan nutrien dalam tubuh kita yang tidak mampu dipenuhi oleh pemakanan seimbang yang kita cuba amalkan (saya percaya kita semua berusaha nak dapatkan pemakanan seimbang setiap hari). kenapa kita perlu pemakanan seimbang?
  • memberi/ membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk menjalankan aktiviti seharian
  • membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit
  • membantu ketahanan badan supaya sembuh daripada luka/ penyakit
  • penting untuk pembinaan sel2 badan serta tumbesaran yang sempurna
  • penting untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas
jadi, dengan kehadiran suplemen ni dalam tubuh kita, membantu untuk memulihkan dan mempercepatkan proses2 kat atas ni. namun, sekiranya kita selama ni tergolong dalam golongan yang senang sakit atau kurang mengamalkan healthy lifestyle, maka ada kemungkinan target utama kita ambil suplemen tadi delay. reason : suplemen ni nak tolong repair mana2 part yang 'rosak' atau 'kurang sempurna', lepas tu barulah suplemen tadi boleh jalankan misi seterusnya.


seterusnya, diri kita sendiri - bagaimana cara kita mengamalkan suplemen tadi untuk mendapat kesan yang optimum?
  • makan suplemen secara teratur. kalau boleh kita disiplinkan diri dengan jadual tertentu bila perlu makan certain2 suplemen (boleh follow jadual yang kami sediakan)
  • takpe kalau ter'skip' sekali-sekala (we are not perfect) ; tapi jangan tinggalkan suplemen dalam jangkamasa yang lama
  • ada suplemen perlu diambil dengan gabungan2 tertentu. contoh :  untuk kesan optimum set B, digalakkan tambah ESP. kalau ambil ESP sahaja, perlu gabungan multivitamin untuk kualiti.
  • tetap mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
  • rajin bersenam - bersenam boleh buang toksik melalui peluh dan hasilkan hormon endorfin yang buat kita happy
  • kalau ambil suplemen untuk kulit, jangan lupa ye kawan2.. penjagaan luaran pun penting (rajin buat facial, scrub muka, jangan tak mandi pulak)
  • sabar kalau belum nampak kesan, sebab setiap individu berbeza penerimaan tubuh terhadap sesuatu.
so, kalau ada tips lain lagi, sila update kan saya ye? tips ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya. macam dulu, saya ambil sejenis soya untuk pulihkan kulit muka saya luka akibat facial (boleh jengah blog lama saya  - The P H A S E ; kalau nak tahu cerita). alhamdulillah.. berkat cara/ amalan yg betul, parut pun takde. dalam masa 2 bulan aje hilang. tapi, kawan saya yang ambil suplemen beratus-ratus ringgit, sampai sekarang muka dia tak pulih2. agak2 kenapa?


macam saya sendiri, ada juga ngelat2 makan suplemen Shaklee sbb busy dengan baby, tapi disebabkan sistem badan saya dah bertahun2 terbiasa dengan suplemen (multivits, EPO, folic acid), maka takde kesan teruk susu kurang atau letih melampau kalau ter'skip' pun. tapi, tetap kena disiplin. malah, saya mengandung dulu, tak pern


so, suplement ni penting. efeknya tak nampak harini tapi untuk akan datang. kita bukan lagi berada di zaman di mana dunia ni serba-serbi bersih dan tidak tercemar. malah, nak makan elok2 pun tak sempat kan sebab sibuk sangat. last2 beli aje makanan kat luar.



Jadi kawan2 semua buatlah pilihan yg bijak demi kesihatan oarang yg tersayang...
Yg penting jgn lupa berdoa ye...semua nya takkan berlaku tanpa izin dar ALLAH.
* DOA, USAHA DAN TAWAKAL*


Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Kelebihan Vita-E Complex (Promosi Jun)

Assalamualaikum...

Saya percaya ramai di luar sana bila sebut vitamin E mesti ingat ianya untuk kecantikan kulit je kan...Anda salah sebenarnya...Tahukah anda vitamin E bukan hanya untuk kulit semata?Meh kita review info ni :

Mula-mula jom kita tengok dulu Vitamin E dari Shaklee dulu ye.Nanti boleh buat perbandingan..=)


Shaklee Vita E Complex with Selenium


PERBEZAAN VITA E SHAKLEE BERBANDING VITAMIN E DI PASARAN-
1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli - natural/organic - ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan

2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate - membuktikan ianya from natural source. Untuk info, satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia - bahaya untuk tubuh anda. (check yours now!)

3. Mengandungi 400IU, lengkap dengan Selenium (as selenium yeast) untuk memastikan penyerapan pada tubuh dengan lebih sempurna.
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

KELEBIHAN VITAMIN E-

 -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh  radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru2 dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu.

*Dah serap semua info yg diberi?apa lagi dapatkan sekarang sementara promosi belum habis.
*Untuk melihat testimoni dari vitamin E ni sila klik sini

SET KHAS UNTUK SUAMI




Jom kita tengok kebaikannya :

Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. *Boleh diambil oleh para suami yang terpaksa memandu jauh berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.



SET KHAS UNTUK ISTERI






-Untuk isteri pula, supplemen khas untuk wanita yang mengandungi Alfalfa & Vitamin E.

KELEBIHAN ALFALFA UNTUK WANITA:

  • Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat.
  • Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
  • Bantu perkumuhan (lebih lawas).
  • Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung.
  • Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
  • Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan.
  • Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak.
  • Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita).
Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)




Supplemen SHAKLEE yang disarankan untuk ibu hamil

Assalamualaikum...

Mengapa vitamin penting semasa pregnant? Ini jawapannya...

"Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil."

credits to alamhamil.com







B-Complex
Asid folic sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folic sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folic ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik. Take 1 tab daily.


Vita-Lea with Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Take 1 tab daily.


Vita-C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan (reduce stretch mark effect). Juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Take 1 tab daily.



OsteMatrix
Take 4 tabs daily will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1500mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later www.babycenter.com


Omega GuardTake 1 tab daily. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak & mata baby. Buat ibu pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan ibu.

The benefits for baby are:


- A better brain with higher intelligence
- Good nervous system development
- Better eyesight from retina formation
- Fewer behavioral problems after birth
- Better sleep patterns for a new born
- Health benefits for mom include:
- Less chance of developing pre-eclampsia
- Protection against brain loss during pregnancy
- Less chance of pre-term labor and cesarean
- Much lower risk of postpartum depression
- Greatly reduced incidence of breast cancer


DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. - www.bellaonline.com

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. - www.kosmo.com.my



SHAKLEE Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP)Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3. Selain itu, ESP juga mencantikkan kulit dan mengurangkan stretch-mark effect.

Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum, sekali sehari. Any of your fav drinks; air kosong, jus, atau susu.

 
Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Supplemen Shaklee yang disarankan untuk ibu dalam pantang

Assalamualaikum..

Kepada bakal2 ibu,bakal2 bapa adakah anda dah plan bila bersalin nanti nak guna set bersalin apa? Kalau masih tercari2 atau sedang buat perbandingan antara set2 bersalin yg ada di pasaran sekarang,saya akan tunjukkan cadangan supplemen untuk ibu dalam pantang dari Shaklee.Anda pasti rasa tak rugi malah mungkin akan jatuh cinta dengan produk ini.Jom review! ;)


(Juga terdapat dalam trial pack untuk 40 hari)


Biasanya kalau sebut tentang Set Berpantang ni, mesti kita terfikir tentang jamu-jamu kan. Tapi tidak dalam Set Berpantang ini. Ianya terdiri daripada vitamins dan supplement dari bahan natural sahaja. Jadi ianya lebih mudah diserap oleh badan.


Pengalaman Saya 3 Kali Berpantang:

Saya melahirkan anak pertama saya arwah Safiya masa umur 24 tahun. 2 jam lepas saya bersalin Safiya dimasukkan ke NICU.Doktor diagnose Safiya Primary Pulmonary Hypertension. 1 week dok kat NICU Safiya meninggal.Disebabkan saya tak dapat nak breastfeeding Safiya,1st day bersalin sampai 2 bulan saya makan jamu.Saya memang nak cepat2 sihat sebab tak sabar nak pregnant balik.Tapi saya tak rasa apa2 keistimewaan jamu ni.Setelah berbulan berusaha,abortion 2x dan  9 bulan lepas Safiya meninggal saya pregnant kat Ariana.Kali ni saya amik jamu jugak tapi brand lain pulak.Saya hanya dapat makan jamu tu masa umur Ariana 1 bulan ++.

Begitu jugak masa lahirkan Arfan.Sebabnya Ariana&Arfan Prolonged Jaundice.Saya breastfeeding pulak tu.Sebagai seorang nurse saya tau saya tak boleh makan jamu.Kesimpulannya 3x saya bersalin 3 jenis jamu saya guna tapi seriously saya cakap saya tak rasa keistimewaan jamu2 tu selain panas je.Lagipun baby akan cirit birit sebab kesan panas jamu tu.Apa yang ibu makan menjadi susu dan akan terus salur ke baby.Masa tu saya tak tau pun kewujudan dan keistimewaan SHAKLEE ni.Untuk anak seterusnya saya pasti akan guna Set Berpantang Shaklee ni.Tapi lmbt lg la..huhu..nak rest dulu dan besarkan 2 orang ni dulu. =)

Untuk tahu lebih lanjut tentang Jaundice sila klik http://mpaweb.org.my/article.php?aid=104.


SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN UNTUK IBU DALAM PANTANG:

ActuallY supplement yang dicadangkan ni lebih kurang je dengan cadangan supplement untuk ibu menyusu cuma Alfalfa digantikan dengan Zinc.




  Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, Zinc jugak dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin :)


1. Vita-Lea with Iron Formula (multivitamin)- Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
- Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan



2. B Complex- Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.



3. Vitamin C- Mengurangkan stretch marks!
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


Shaklee Alfalfa Complex
(Juga terdapat dalam trial pack untuk 40 hari)


Boleh juga add on Alfalfa sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.

- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
- Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
- Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)



Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)




Ostematrix (Calcium Magnesium Vitamin D)


Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah ESP  dan Ostematrix. Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

Shaklee Lecithin

Boleh add on Lecithin untuk ibu-ibu yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Agak panjang entry kali ni sebab banyak option yang boleh add on kepada Confinement Set ni. Yelahkan, dalam pantang lah kita jaga diri kita elok-elok. Nanti nak beranak lagi. Nak jaga diri untuk suami juga nanti. Betul tak? :D
Semua info sudah diberi.Tepuk dada tanyalah selera.Terpulang kepada anda untuk buat pilihan yang bijak untuk kesihatan anda dan insan tersayang.

credits to sihatcomelceria.blogspot.com

Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Saturday 23 June 2012

SIJIL HALAL SHAKLEE

Assalamualaikum...
Mungkin ada di luar sana yg meragui status HALAL produk SHAKLEE ni.Jadi disini saya lampirkan sijil halal shaklee. check it out! ;)


HALAL Certificate from ISA for Shaklee products dated 6th February 2012



Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

*Alhamdulillah...HALAL rupanya SHAKLEE ni..hehe..kalau tak halal saya pun tak makan apatah lagi nak menjual kan? so,lepas ni jangan rasa was-was,ragu-ragu @tidak yakin dgn keHALALan produk SHAKLEE ni ye! love u ols..=)

MEALSHAKE dan Ariana

Assalamualaikum...
Seperti yg dijanjikan entry kali ni nak cerita perihal anak dara saya Ariana yg sekarang ni berumur 2 tahun..
Ariana seorang kanak-kanak yg tak suka makan...
Tapi mujur Ariana kuat susu...
Selalu saya sembang dengan hubby macam mana Ariana dapat tenaga sedangkan dia tak makan..
Walaupun dia tak makan tapi dia tetap active...
cuma badan dia kurus..timbang tak naik2 sejak umur setahun...
Macam2 saya buat untuk bg Ariana makan...
Saya ikut dia kemana sambil pegang makanan dengan harapan walaupun dia tengah main,nak juga dia makan..kadang2 sampai 2 jam saya ikut dia and lastly saya mengalah...
Macam2 saya masak untuk Ariana tp dia tetap tak mahu makan...
yang dia mahu makan pun spaghetti,pasta @fries je..tu pun bukan makan sgt..
banyak main je...last terbuang je makanan tu...
Sebagai seorang ibu mestila saya risau...
saya takut dia tak dapat zat yg secukupnya..
saya takut kalau ganggu kesihatan dia dan memberi effect pada tumbesaran dia..
macam biasa saya google2 terjumpa mealshake dari shaklee ni...





(Shaklee Meal Shakes)


Apa yang ada dalam Meal Shakes ni?

1. Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.

2. Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.

3. Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.

4. Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.

5. Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.

6. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.

7. Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and no artificial sugar.


Apa beza produk Shaklee dengan brand vitamins lain di pasaran? Ya, ianya dibuat dari bahan semulajadi atau natural jadi lebih mudah diserap oleh badan. Bukan semua vitamin high quality macam Shaklee ni. Sebab tu Shaklee dah berpuluh tahun bertahan dalam pembuatan supplements. So ibu-ibu kena pandai pilih supplements untuk anak-anak ya! Lagi satu Meal Shakes ni perisa French Vanilla tau! So memang wangi dan sedap diminum. Menaikkan selera :) Cuma tambahkan 1 sudu kecil Meal Shakes dalam susu atau any favourite drinks anak anda sekali sehari. 1 canister tahan 3 bulan. Memang berbaloi baloi.

SELEPAS SEBULAN :
Alhamdulillah dengan izin ALLAH,berkat kesabaran Ariana dah nak makan...
Dari seorang yang tak suka nasi jadi suka.
Belum saya habis masak dia dah mintak nasi sambil tunjuk periuk nasi.
Ariana sekarang makan banyak..lepas makan nasi nak makan biskut pulak..
Macam tak percaya!papa dia pun suka tengok anak nak makan..
Ariana pun dah berisi sikit..pipi dah kembung...
Saya la orang yg paling happy!hehe
Bahagia tengok Ariana nak makan...
Sanggup suap dia makan dulu walaupun masa tu saya tengah lapar..
Bukan apa takut kalau2 terganggu selera dia...
Yang paling penting saya dah tak perlu mengejar dia sana sini untuk bg makan..
Dia sendiri akan datang mintak makan...Alhamdulillah...



MAKLUMAT PENTING :
*Apa yang saya nak tekankan di sini ialah, walaupun first month tak nampak perubahan lagi, kena    istiqamah teruskan amalkan supplement. Sebab badan kita ni nak berubah, bukan dalam 1-2 hari. Kena konsisten dan sabar. Sel kita ambil masa 90-120 hari untuk dibaiki dan diperbaharui. Dapat certain penyakit pun bukan dalam sehari dua kan :)

*Walaupun mungkin terasa mahal pada mulanya tetapi amat berbaloi menghabiskan wang ringgit membelikan supplement yang berkualiti untuk kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat..kan?
Jadi kawan2 fikir fikirkanlah ya! =)



Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)


sorry...

Assalamualaikum...
Saya nak announce whatsapp saya tak boleh nak function at the moment.tapi bukan untuk jangka panjang.
En hubby punye hp rosak.so saya dengan berbesar hati bagi pinjam hp saya sementara hp hubby nak sampai.sekarang saya pakai hp biasa so xblh nak berwhatsapp.ape2 can call or sms.ok?pm saya thru fb pun ok.thanks ya!

Breastfeeding Set Supplement (Set B, Set E, Set 3M)

Assalamualaikum...
Kawan2,ni la set yang saya ambil tu.Jom kita tengok apa kebaikkan breastfeeding set  ni.memang best!


Breastfeeding set- Set B
(boleh juga didapati dalam loose pack-trial pack for 30 days)



1. Vita-Lea with Iron Formula (multivitamin)
- Mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi
- Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Bagi bf mom, Vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu tumbesaran anak.
- Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

2. B Complex
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Anti stress (sebagai penenang)
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga
- Membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik). So, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar
- Melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

3. Vitamin C
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membantu meningkatkan antibodi ibu dan anak yang sedang menyusu. Sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari
- Bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insyaAllah akan mudah sembuh
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

4. Alfalfa
- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan.




Ostematrix


5. Ostematrix (Calcium Magnesium Vitamin D)
- Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis
- Membina tulang dan gigi yang kuat
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf - menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan
- OsteMatrix Membekalkan:
+ 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
+ 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
+ 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
*DV = daily value
- Recommended untuk ibu-ibu yang mengalami kurang susu sewaktu period


Set E = Set B + Ostematrix




6. Energizing Soy Protein (ESP)
- Merupakan protien
- Protein sangat penting untuk pembentukan sel
- Sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu
- Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
- Mencantikkan kulit si ibu dan anak
- Membantu kawal paras kolesterol
- Turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah
- Memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang
- Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. Worth your money
*ESP tiada dalam trial pek set B kerana ia dalam bentuk serbuk. Packaging in canister.




Kesimpulan:

Set B = Vitalea + Vita C + B Complex + Alfalfa (ada trial pack)
Set E = Set B + Ostematrix
Set 3M = Set E + ESP
*Tapi kalau nak Set B + ESP pun boleh :)

Set B sesuai untuk siapa?
Untuk breastfeeding mom yang tidak ada masalah dengan supply susu. Lebih kepada untuk menjadikan badan ibu lebih bertenaga. Kerana menjalankan tugas sebagai seorang ibu bukanlah mudah, kan?

Set E sesuai untuk siapa?
Untuk breastfeeding moms yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS, dan yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3M sesuai untuk siapa?
Untuk breastfeeding moms yang:
1. Ada masalah penyusuan
2. Mahu mula menyimpan stok EBM
3. Mahukan anaknya mudah lena waktu malam
4. Menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.

Ok so basically that's all you need to know tentang apa yang ada dalam breastfeeding set ni.


*Psst...next entry nak cerita pula pasal anak dara saya yang tak nak makan jadi nak makan.macam mana caranya?stay tuned...=)


Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)