Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

OSTEMATRIX ~ Kalsium , Magnesium & Vitamin D


Assalamualaikum...
Mac datang lagi...macam biasa bulan promo adalah OSTEMATRIX!!!
Antara supplemen fav wanie. kenapa? 
sebabnya ramai orang pandang enteng keperluan kalsium dalam badan kita jadinya semoga dengan membaca artikel kat bawah ni anda akan tau betapa pentingnya kalsium untuk sistem badan kita. 
moh kite bace.....

------------------------------------------------------------------------------


KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat.


Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?



Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.



Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.



Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis.



Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.



Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli.



Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.



Magnesium:



Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.



Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.



Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.



Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.



Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.



sumber: anizyn



Top of Form
Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. 

sumber: nestle




Ostematrix Shaklee memenuhi segala nutrien seperti yg dinyatakan diatas.
Kami sudah mengamalkan Ostematrix ini.
Anda? tepuk dada tanya selera ya!


Untuk info & order :
PM di Facebook Shazwani Aika
Call/sms/whatsapp/viber @ 019-5789445


Wednesday, 27 June 2012

Punca Sukar Hamil dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum...
Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Jangan bimbang...jangan gusar...jangan jemu untuk berusaha...Selebihnya serah pada Allah...=)

 Doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya;
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)

Antara penyebab biologi sukar hamil (wanita):
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  1. Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  2. Stress dan tekanan
  3. Pemakanan yang tidak sihat
  4. Kekurangan zat
  5. Amalan merokok atau meminum alkohol
  6. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  7. Terdedah kepada pencemaran
  8. Terlalu kurus atau terlalu gemuk
credit

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah.

Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda seperti
Ubah Cara Hidup untuk Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Menimang Anak
Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:
Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Vita E & Selenium - Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
Zinc - Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
Alfalfa – Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan


Link Berguna - Makanan semulajadi untuk kesuburan

Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

Sunday, 24 June 2012

Supplemen Shaklee yang disarankan untuk ibu dalam pantang

Assalamualaikum..

Kepada bakal2 ibu,bakal2 bapa adakah anda dah plan bila bersalin nanti nak guna set bersalin apa? Kalau masih tercari2 atau sedang buat perbandingan antara set2 bersalin yg ada di pasaran sekarang,saya akan tunjukkan cadangan supplemen untuk ibu dalam pantang dari Shaklee.Anda pasti rasa tak rugi malah mungkin akan jatuh cinta dengan produk ini.Jom review! ;)


(Juga terdapat dalam trial pack untuk 40 hari)


Biasanya kalau sebut tentang Set Berpantang ni, mesti kita terfikir tentang jamu-jamu kan. Tapi tidak dalam Set Berpantang ini. Ianya terdiri daripada vitamins dan supplement dari bahan natural sahaja. Jadi ianya lebih mudah diserap oleh badan.


Pengalaman Saya 3 Kali Berpantang:

Saya melahirkan anak pertama saya arwah Safiya masa umur 24 tahun. 2 jam lepas saya bersalin Safiya dimasukkan ke NICU.Doktor diagnose Safiya Primary Pulmonary Hypertension. 1 week dok kat NICU Safiya meninggal.Disebabkan saya tak dapat nak breastfeeding Safiya,1st day bersalin sampai 2 bulan saya makan jamu.Saya memang nak cepat2 sihat sebab tak sabar nak pregnant balik.Tapi saya tak rasa apa2 keistimewaan jamu ni.Setelah berbulan berusaha,abortion 2x dan  9 bulan lepas Safiya meninggal saya pregnant kat Ariana.Kali ni saya amik jamu jugak tapi brand lain pulak.Saya hanya dapat makan jamu tu masa umur Ariana 1 bulan ++.

Begitu jugak masa lahirkan Arfan.Sebabnya Ariana&Arfan Prolonged Jaundice.Saya breastfeeding pulak tu.Sebagai seorang nurse saya tau saya tak boleh makan jamu.Kesimpulannya 3x saya bersalin 3 jenis jamu saya guna tapi seriously saya cakap saya tak rasa keistimewaan jamu2 tu selain panas je.Lagipun baby akan cirit birit sebab kesan panas jamu tu.Apa yang ibu makan menjadi susu dan akan terus salur ke baby.Masa tu saya tak tau pun kewujudan dan keistimewaan SHAKLEE ni.Untuk anak seterusnya saya pasti akan guna Set Berpantang Shaklee ni.Tapi lmbt lg la..huhu..nak rest dulu dan besarkan 2 orang ni dulu. =)

Untuk tahu lebih lanjut tentang Jaundice sila klik http://mpaweb.org.my/article.php?aid=104.


SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN UNTUK IBU DALAM PANTANG:

ActuallY supplement yang dicadangkan ni lebih kurang je dengan cadangan supplement untuk ibu menyusu cuma Alfalfa digantikan dengan Zinc.




  Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, Zinc jugak dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin :)


1. Vita-Lea with Iron Formula (multivitamin)- Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
- Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan



2. B Complex- Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.



3. Vitamin C- Mengurangkan stretch marks!
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


Shaklee Alfalfa Complex
(Juga terdapat dalam trial pack untuk 40 hari)


Boleh juga add on Alfalfa sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.

- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
- Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
- Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)



Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)




Ostematrix (Calcium Magnesium Vitamin D)


Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah ESP  dan Ostematrix. Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

Shaklee Lecithin

Boleh add on Lecithin untuk ibu-ibu yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Agak panjang entry kali ni sebab banyak option yang boleh add on kepada Confinement Set ni. Yelahkan, dalam pantang lah kita jaga diri kita elok-elok. Nanti nak beranak lagi. Nak jaga diri untuk suami juga nanti. Betul tak? :D
Semua info sudah diberi.Tepuk dada tanyalah selera.Terpulang kepada anda untuk buat pilihan yang bijak untuk kesihatan anda dan insan tersayang.

credits to sihatcomelceria.blogspot.com

Jika berminat dengan produk ini sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)