Monday 9 July 2012

Pengedar sah SHAKLEE di Kerteh-Paka

Asslamualaikum...

Sebelum melabuhkan tirai mata saya nak ucapkan terima kasih buat pelawat2 blog saya.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Kerteh - Paka. Saya akan lakukan COD di kawasan ini jika anda perlukan.ok?

Jangan malu segan hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan di 019-5789445.
Setiap customer akan peroleh harga istimewa dari saya.

Good nite semua...tata...

Wednesday 4 July 2012

Testimonial Vitamin C Sustained Release, Vitamin B Complex, Vitamin E, Omegaguard.

Assalamualaikum...

Selamat pg semua..dh bekfes?dh amik supplement? Alhamdulillah..xpnh amik supplement? takpe..lps bc testimoni kat bwh ni mest korang teruja nak beli supplement shaklee ni.tak percaya?jemputla baca dulu..=)

credit to sihatcomelceria


TESTIMONIAL SUPPLEMENT SHAKLEE YANG WAJIHAH AMALKAN : Kulit wajah Wajihah kini lebih flawless!



Click for larger view :)


"Salam semua :)

Saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? :)

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)

Gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012. Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :)"


Ini dia Supplement Shaklee yang Wajihah amalkan:


1. Vitamin C
- Menghasilkan kolagen
- Berdasarkan data yg dikeluarkan di American Journal of Clinical Nutrition dan yg di ambil daripada National Health and Nutrition Examination Survey, wanita yang mengambil diet Vitamin C yg tinggi kurang memperolehi kedutan pada wajahnya
- Sinaran matahari, asap, tekanan, dan pencemaran menghasilkan radikal bebas yg amat berbahaya. Radikal bebas memusnahkan kolagen iaitu fiber yg menyokong keanjalan tekstu dan ketahanan kulit serta menyebabkan kedutan dan tanda penuaan yg lain.
- Vitamin C amat penting bagi proses sintesis kolagen dan aktiviti antioksida yg kuat yg berpotensi membantu mengurangkan kerosakan yg berpunca dari radikal bebas
- Membantu melindungi kulit dari sinar matahari
- Sebiji tablet Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji oren


2. B Complex
- Menstabilkan hormon. Hormon yang tidak stabil menyebabkan jerawat mudah terhasil
- Mengekalkan tona kulit yang sihat & berseri


3. Vitamin E
- Melambatkan penuaan (awet muda)
- Membantu keseimbangan hormon
- Mengawal kadar minyak dalam liang kulit
- Mengurangkan jeragat
- Memulihkan kulit dgn cepat akibat selaran matahari (punca utama kedutan pada wajah) jika diambil bersama Vitamin C
- Mencegah daripada keradangan yg menyebabkan kemerahan kulit
- Vitamin E Shaklee sahaja yang mengandungi Selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium.


Pengambilan Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

So kawan2 apa lagi..dapatkan Supplement Shaklee sekarang sementara promosi masih ada ya!


Jika berminat dengan produk ini dan ingin dapatkan konsultasi percuma  sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

PROMOSI JULY - SUSTAINED RELEASE VITA C 500 gm!!!

Assalamualaikum...
Kawan2 semua...adakah mengambil vitamin c menjadi amalan seharian anda?ade?Alhamdulillah...xde? Nti bc info kat bwh ni ye. Sblm tu nak share dgn kwn2 semua pglmn sy consume vit c shaklee ni. Yg paling ketara sekali adalah kulit sy yg kering bersisik di kaki dah hilang!mcm xpcya...dulu mcm2 lotion sy pakai tp still xde perubahan. Sjk guna vitamin c shaklee ni Alhamdulillah...pg2 bgn tido pun dh tak sesema n bersin. Maybe sy ade resdung tp xpernah cek pun cuma sy sgt allergic dgn bulu kucing.ok la..xmo celoteh panjang2. Jemput bc info kat bwh ni ye.

 

 
credit to sihat comel ceria

 
Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg
180 tablets

 

 
1)Siapa yg perlukan vitamin C:

 
Secara generalnya, semua orang yang sihat memerlukan vitamin c kerana tanpa vitamin c yang mencukupi, kita akan lebih mudah terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit.

Tetapi ada golongan yang secara spesifiknya lebih memerlukan vitamin C kerana risiko untuk golongan ini mendapat penyakit lebih tinggi seperti :

  • Perokok dan second hand smokers (sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C)
  • Ibu mengandung/menyusu/lepas bersalin.
  • Individu dalam recovery penyakit/selepas pembedahan.
  • Kanak2 /dewasa yg mudah demam dan selsema.
  • Pesakit jantung/stroke/kolesterol tinggi/darah tinggi/
  • pesakit anemia
  • Orang yg nak kulit gebu/anjal/awet muda
  • Org yg nak improve sexual health
  • Org yg nak kurus
  • Org yg stress/moody.
  • Pengguna alcohol (alcohol boleh mencairkan asid askorbik dlm darah dan meningkatkan kehilangan vitamin C melalui air kencing),
  • Mereka yang sentiasa ‘stress’ (bila kita stress, vitamin c akan musnah dan menyebabkan kelenjar adrenal tidak mendapat bekalan vitamin c yang secukupnya. Salah satu fungsi Kelenjar adrenal ialah mengawal metobolisme tubuh. Bila tidak mendapat vitamin C yang secukupnya, oxidation level (proses metabolisme makanan kepada tenaga) dalam darah akan meningkat, menyebabkan kelenjar adrenal tidak dapat menyingkirkan toksin dan menyebabkan tubuh terdedah kepada risiko mendapat penyakit.

2. Apa perbezaan vitamin C Shaklee dgn vitamin C yg lain:

 
• Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
• Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
• Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
• Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
• Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
• Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

 
3.Apa sumber makanan yg kaya dgn VITAMIN C?

 
• Buah-buahan dan sayur seperti:
• Buahan sitrus (oren, anggur, kiwi, strawberry, laici, blackcurrent)
• Sayur (brokoli,tomato,potato)
• Capsicum

 
4.Apa simptom kekurangan vitamin C:

 
• Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
• Tanda2 lebam pada badan(salur darah lemah)
• Luka lambat sembuh
• Sering letih, lemah
• Anemia
• Salur darah mengecil dan mudah runtuh
• Rambut gugur
• Sakit sendi
• Darah dalam mata
• Kulit kering dan gatal
• Depression
• Edema
• Kurang selera makan
• Masalah pencernaan
• Weight lost

 
5.Nyatakan panduan nak pilih vitamin C di pasaran:

 
• Pilih vitamin C dengan dos yang betul- cadangan dos 500mg sehari
• Berasaskan tumbuhan, dan time-release product (mcm sustained release)
• Mengandungi Bioflavinoids dan jumlahnya harus seimbang dengan vitamin C (500mg vitamin C: 120 mf bioflavonoids)
• Telah diuji secara klinikal dan berkesan terhadap tubuh manusia
• Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
• Melalui perkataan "ko-faktor" seperti "bioflavinoids" atau "biogradable"

 
6.Apakah dos pengambilan vitamin C yg badan perlukan:

 
Dos berbeza mengikut umur dan keperluan. US RDA untuk dewasa ialah 60mg, tetapi disebabkan faktor pemakanan, persekitaran, jumlah yang lebih tinggi diperlukan iaitu 250-500mg. Bagi yang mengalami masalah kesihatan, disyorkan untuk mengambil 500mg sehari.

 
7. Apakah fungsi vitamin C utk badan manusia? Apakah ciri2 vitamin ini:

 
• Membantu meningkatkan immune system
• Mempercepat proses penyembuhan luka dan demam
• Penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan ‘gam’ bagi sel
• Penting untuk kesihatan gusi dan gigi
• Merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel
• Membantu dalam proses penghadaman
• Membantu mengembalikan hormone stress dan memastikan fungsi kelenjar adrenal berjalan dengan sempurna.
• Bertindak sebagai antikimia yang menjadi racun seperti nitrates dan nitrates
• Menghadkan ‘oxidation’ terhadap kolesterol jenis jahat LDC cholesterol.
• Membantu memulihkan selesema, resdung
• Mencegah penyakit barah
• Sebagai ‘Protector gate’ untuk mengelakkan badan mudah dijangkiti/terkena penyakit

 
Ciri-ciri Vitamin C:
• Antioksidan
• Collagen maker
• Anti kimia
• Protector gate
• Vitamin larut air
• Tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi boleh dalam tubuh haiwan.

 
credit to nor syuhada

 
JOM DAPATKAN VITAMIN  C DARI SHAKLEE INI SEMENTARA  PROMOSI MASIH ADA!

 

Jika berminat dengan produk ini dan ingin dapatkan konsultasi percuma dan HARGA YANG ISTIMEWA sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

 

Tuesday 3 July 2012

Family Wellness Set

Assalamualaikum..

Arini nak cite set family wellness.ari2 promote breastfeeding set je kan.mesti korang igt shaklee ni jual set utk breastfeeding je. No lah..shaklee ni adalah SUPPLEMENT UNTUK SEISI KELUARGA tau. Kalau anda ada masalah kesihatan tapi takut nak jumpa doctor,malas nak gi hosp or nak cuba alternatif lain dulu boleh tanya disini. InsyaAllah sy Akan cuba cari solution dgn suggest kan supplement apa yg sesuai.ok?




Shaklee Family Wellness Programme


Definisi:
SET SHAKLEE FAMILY WELLNESS memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Bagi yg inginkan kesihatan yg optimum terutama para ibu yg kebanyakkannya selalu kurang mengambil berat tentang kesihatan sebab sibuk menguruskan anak2,suami,rumah tangga,kerjaya dan untuk kekal bertenaga sepanjang hari especially untuk menghadapi puasa bulan depan inilah yg dicari2. Sy juga mengamalkan supplement n utk suami tercinta dan utk Ariana. Sy nak keluarga sy sentiasa sihat sejahtera. Tp andai Allah nak beri kita penyakit kita tak mampu menghalang. Mencegah lebih baik dr merawat kan? Yg sy nak tekankan disini supplement ini selamat dan 100% natural supplement.

Kebaikkan:
- Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh.
- Membantu anda berasa lebih bertenaga.
- Menguatkan system itu anda.
- Membekalkan khasiat untuk kulit,rambut,kuku,tulang dan otot yg sihat.

Apa yg Ada dlm SET SHAKLEE FAMILY WELLNESS ni?
1) Vita-Lea Iron Formula
2) B-Complex
3) Sustained Release Vita-C 500mg (PROMOSI JULY 2012!!!)
4) Energizing Soy Protein-vanilla



Apakah set yang paling sesuai untuk sesisi keluarga?

Saya memperkenalkan FAMILY WELLNESS SET yang terdiri daripada Energizing Soy Protien (ESP), B-Complex, Vitamin C dan Vita-Lea.


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

ESP adalah protein. Sel kita terbina dari protein, dan memang kita boleh dapatkan protein dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protein adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protein hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protein mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas.

Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenarnya. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.

Tips :- Bagaimana nak bancuh ESP untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug, maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.


VITA-LEA DENGAN FORMULA ZAT BESI

Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah (HB low). Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vita-Lea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.

Tips :- Untuk beri pada anak umur 6 tahun dan ke atas : Bagi yang boleh telan tidak menjadi masalah tetapi bagaimana nak bantu mereka yang tak boleh nak telan? Hanya bancuhkan bersama dengan minuman seperti milo O (tanpa susu) atau apa2 jus buah-buahan. Dalam masa 5-7 minit kacau air tersebut dan berikan anak anda minum dan mereka akan mendapat khasiat Vita-Lea Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga boleh menyediakan Chewable Vita-Lea Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.  


B-COMPLEX

Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B-Complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang, merokok dan keletihan melampau. Maka B-Complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.

Tips :- Untuk makan seisi keluarga : Sediakan B-Complex dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas.


VITAMIN C

Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, insyaALLAH anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja?

Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.

Tips :- Untuk makan seisi keluarga : Sediakan Vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Anda juga boleh menyediakan Chewable Vitamin C Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.



Seorang ibu perlu kreatif dalam menyediakan supplement untuk anaknya. Saya sendiri memastikan anak-anak saya mengambil vitamin tertentu demi memastikan mereka kekal sihat, bertenaga dan ceria sepanjang hari. Supplement tidak seharusnya diberi kepada anak yang berumur 1 tahun ke bawah kerana nutrisi itu boleh di dapati dari susuibu dan sangat bagus apabila si ibu itu menjaga pemakanannya. Supplement bukanlah satu yang dijadikan ubat dikala anak sakit tetapi dijadikan pendinding yang membantu mengukuhkan lagi antibodi anak anak di kala mereka sihat. Jadikan prinsip mencegah lebih baik dari merawat. InsyaALLAH sebagai ibu dan bapa, bila anak sihat kita juga tenang dan sejahtera.

Set Family Wellness Shaklee sesuai diambil untuk seisi keluarga termasuklah ibu yang menyusukan anaknya. Bila seluruh keluarga sihat, maka kita berusaha kekalkan kesejahteraan dan keharmonian keluarga anda.


Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.


Jika berminat dengan produk ini dan ingin dapatkan konsultasi percuma dan HARGA YANG ISTIMEWA sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday 2 July 2012

Rahsia ESP (Energizing Soy Protein) yg Anda Perlu Tahu.

Assalamualaikum...
Today sy nak share rahsia ESP(Energizing Soy Protein). Khasiat ESP ni bukan untuk perempuan je tau. Untuk lelaki pun boleh. Nak energy disamping pelbagai khasiat lain di bulan puasa yg Akan tiba tak lama lagi?jom tgk n baca dulu.



SHAKLEE Energizing Soy Protein (ESP)



Shaklee ESP.... Energizing Soy Protin.. Ianya salah satu favorite saya....Dulu2, 5-6tahun yg dulu, 2thn pertama sepanjang penyusuan si Faiz, mmg saya tak skip..setia bersama.. tapi selepas tu, bila dah habis tempoh breastfeeding... saya selalu2 gak skip..biasalah.. datang penyakit malas.. Tapi yg sy notice bila sy skip utk tempoh yg panjang.. mmg rasa kulit kusam, bukan tu sahaja tapi segala mcm rasa yg tak best...
Makanya, saya kene pastikan dlm sehari kene minum sekali ESP ni .Kalau malas nak minum hari2 pun, seminggu minum 3-4x.. Ianya rahsia awet muda... cuma kene mulakan dari harini lah ya jika nak awet muda 10tahun akan datang.. kerana apa jua pun perlukan kesabaran .. bukan hasil dtg dalam satu mlm...
Pagi ni mari kita luangkan masa.. baca kembali tentang protin, tentang kelebihan ESP.. semuanya di extract dari entry lama2 saya.. saja2 nak refresh... sbb kita ni mudah luupa.. jadi bila ingat kembali kelebihan dan kepentingan protin dlm diet harian.. InsyaAllah.. kita akan jadikan rutin minuman harian.. wajib.. :-)
Jom baca...
__________________

"Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.
Pentingkah Protein?
Badan kita perlukan protin utk tumbesaran yg sihat. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Dan yg penting, protin merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (yang berkualiti), sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel2 lama
Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat.Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Tahukah anda?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Risiko kekurangan protin:
Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
Kidney disease (penyakit buah pinggang)
Liver (penyakit hati)
High Cholesterol (kolesterol tinggi)
Low blood pressure (tekanan darah rendah)
Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
Poor vision (Penglihatan kurang baik)
Irritability (Badan menggeletar)
Fatigue (Letih lesu)
Weakness (Lemah)
Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan Shaklee ESP:

membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?
>>Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (sejuk atau air suam2 kuku) ataupun bancuh bersama milo, susu atau jus atau ape2 air favorite anda cuma jgn bancuh dgn air yang terlalu panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi..

credit to mamafaiz.com


Jika berminat dengan produk ini dan ingin dapatkan konsultasi percuma dan HARGA YANG ISTIMEWA sila:
SMS or WHATSAPP saya di 019-5789445
PM saya di FACEBOOK.(Psst...jangan lupa add saya dulu ye.. =)

WAJIB BACA! Lepas baca mesti anda akan amalkan.


Assalamualaikum...

Sy nak share info knp kita perlu minum byk air.munchkin ade diantara kita yg xtau kepentingan minum air. Baca kat bawang ni ye.sy amik dr blog mama faiz utk share dgn anda.

Saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen agar sentiasa mengamalkan minum air putih yang banyakkk...minimum 2 liter sehari......kenapa???!!!.. tak sukerrr..malas nak gi toilett?perut kembung?..... kini anda takda alasan untuk tidak minum air lagi.. mari baca ..artikel yg sy baca dari blog mamiliena....
"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.
Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Credit to

Sunday 1 July 2012

Breastfeeding ---> VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C DAN ALFALFA + ESP + Ostematrix (kalsium)


Assalamualaikum...

Credit to better you better world

Petikan asal blog : Mommy Icha

sekiranya kawan-kawan merasakan pengambilan VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C DAN ALFALFA semata-mata tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, provided kawan-kawan buat 3 amalan utama bf mommies (pam konsisten ; air lebih 3L ; doa yang berterusan), maka saya syorkan kawan-kawan mencuba pengambilan  VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C DAN ALFALFA  bersama ESP atau OSTEMATRIX ; atau kedua-duanya sekali!

memang menakjubkan!

saya mula-mula tak perasan sangat benda ni since saya memang dari awal percintaan saya dengan SHAKLEE terus ambik VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C , ALFALFA DAN OSTEMATRIX  add-on ESP, so, memang saya takde problem apa-apalah. alhamdulillah. tapi, setelah seorang teman saya, kak ita, yang dah hampir give-up makan VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C DAN ALFALFA   dan buat segala macam teknik yang perlu nak banyakkan breastmilk tak menjadi, disarankan mengambil Ostematrix (dia dah ambik ESP masa tu). kak ita akhirnya mendapat hasil yang diinginkan! best sangat!

cerita ni dah lama. sms kak ita pun saya dah delete. haha. maybe korang boleh tanya sendiri dengan kak ita di Facebook Kak Ita. dan lagi satu tips, kak ita tak makan semua vitamin sekaligus. dia makan berasingan ikut masa tertentu. tips yang bagus sebab kita sedia maklum pengambilan vitamin akan menambah kepekatan darah. so, lebih baik dimakan pada waktu berlainan, mengikut keperluan dan kesesuaian.

sampai sekarang, kak ita setiap bulan akan topup vitamin-vitamin SHAKLEE tau. dan setiap bulan le cik abang kak ita datang ambil stok vitamin kat rumah saya (sebenarnya nak jenguk bakal menantu hehehe).

so, kepada kawan-kawan yang merasakan masih kurang berpuas hati dengan pengambilan  VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C DAN ALFALFA  semata-mata, bolehla mencuba add-on Ostematrix  atau ESP. lagipun, penambahan kedua-dua suplemen ni turut membantu melengkapkan lagi keperluan zat dalam badan.

boleh hubungi saya jika berminat atau mahu mengajukan sebarang pertanyaan.